PROGRAM
NILAM 2014
SEKOLAH
KEBANGSAAN MERU
PERSIARAN
HAMZAH ALANG
42200 KAPAR, SELANGOR DARUL EHSAN
1.0 PENGENALAN
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca
merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan
program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan
markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di
kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian
Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula
dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau
Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina
Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang
pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat
persekolahan.
Program ini ialah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di
kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian
Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula
dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau
Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina
Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
2.0 MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam
minat membaca di
kalangan warga SK Meru khususnya
murid sehingga wujudnya tabiat dan
budaya membaca di kalangan warga SK Meru.
3.0 OBJEKTIF
3.1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua
bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan
peperiksaan)
3.2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah.
3.3. Menggerakkan program
dan aktiviti galakan membaca
3.4. Meningkatkan minat
membaca yang berterusan
3.5. Memperkasakan
pelaksanaan Program NILAM dengan penglibatan yang lebih jitu oleh kalangan
masyarakat
3.6. Memberi pendedahan
kepada murid tentang dunia pembacaan
3.7. Mewujudkan daya usaha
untuk persaingan yang sihat dan membina kekuatan minda
3.8. Melahirkan tokoh murid
yang berketerampilan dalam bidang pembacaan
3.9. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri ciri
pembaca yang berkualiti
4.0 JAWATANKUASA PROGRAM NILAM 2014
Penasihat: En Mohd Sairi B
Husin - Guru Besar
Pengerusi : En. Alias b Atan
- GPK Tadbir & Kurikulum
Timb. Pengerusi 1 : Tn Haji Mad San b Suwandi - GPK HEM
Timb. Pengerusi 2 : Encik
Muhd Muhan B Ismail - GPK Kokurikulum
Pn
Rozita bt Jantan - Penyelia Petang
Penyelaras : Pn. Saadah binti Sairi
Setiausaha : Pn Hajah
Sharimah bt Ahmad
Guru NILAM Pagi :
Pn Noridahyu bt Suparman
Guru NILAM Petang :
Pn Hapizah bt Haron
5.0 STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN
5.1 Dua waktu membaca di perpustakaan dimuatkan dalam
jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke
dalam kelas. Guru boleh meminjam buku secara pukal.
5.2
Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid
cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
5.3
Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu
tajuk pelajaran
5.4 Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan
kuat dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I,BM, Bahasa Arab,agama atau satu aktiviti formal
5.5 Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan galakkan tugasan folio dan catatkan ringkasan tentang buku rujukan untuk tugasan.
5.6 Galakkan murid membaca pada waktu
senggang di sekolah dan rumah.
CONTOH
AKTIVITI MEMBACA
Ø Resensi Buku Baru (tajuk/
diskusi tentang tema dll)
Ø Ulasan buku (secara
menulis/lisan)
Ø Pameran bertema di PSS
Ø Sudut Bacaan Kelas
6.1 PERANAN
IBU BAPA
6.1 Menyediakan kemudahan
bacaan di rumah.
6.2 Menggalakkan anak-anak
membaca buku di rumah.
6.3 Memantau anak-anak
menulis buku NILAM setelah membaca buku.
6.4 Membawa anak-anak ke
Perpustakaan Daerah dan Perpustakaan Negara bagi aktiviti meminjam dan membaca
buku.
7.0 PERANAN MURID
7.1 Membaca buku berbentuk fiksyen dan bukan
fiksyen.
7.2 Murid wajib memiliki buku NILAM yang boleh
dibeli di Pusat Sumber Sekolah dengan harga RM2.50 sebuah.
7.3 Murid perlu mencatat maklumat dalam buku
NILAM setelah membaca buku.
7.4 Serahkan buku NILAM setiap hujung bulan
kepada Guru Kelas bagi guru kelas mencatat data NILAM anda.
7.5 Murid digalakkan meminjam buku di Pusat
Sumber. Murid boleh meminjam sebanyak 2 buah buku seminggu.
7.6 Murid perlu menyimpan buku NILAM dari Tahun
1—6 untuk rekod pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Sekolah.
7.7 Jadikan membaca amalan hidup. Orang yang
berilmu akan dipandang mulia
8.0 TEMPAT
PELAKSANAAN PROGRAM NILAM
SK Meru