Wednesday, 2 September 2015

PENGENALAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN MERU


PENGENALAN PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN MERU




            Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Meru merupakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang  telah memulakan operasi semenjak tahun 1994 seusia penubuhan sekolah ini . Pusat Sumber yang dahulunya lebih dikenali dengan nama perpustakaan telah berkembang pesat sejak ianya berubah dari segi peranan dan fungsi selari dengan perubahan arus pendidikan semasa.


            Lokasi yang strategik mencakupi semua kawasan sekolah  menjadi daya tarikan bagi pelajar untuk meluaskan akses pengetahuan malah PSS SK Meru telah menjadi mercu utama bagi sumber ilmu dan maklumat di samping menjadi tempat untuk mendapatkan perkhidmatan yang selesa dan mesra pengguna.

            Dengan perubahan sistem pendidikan yang pesat , pada hari ini PSS SK Meru akan terus meluaskan misi dan visi yang telah digarap demi membangunkan satu rangkaian PSS yang boleh dijadikan penanda aras bagi Pusat Sumber Sekolah di Selangor.







No comments:

Post a Comment