Wednesday, 2 September 2015

Kekal khasiat sayur-sayuran

Sayur kaya nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser. Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Terdapat pelbagai cara mengekalkan khasiat sayur-sayuran antaranya:

1. Makan sayur segar
Kandungan nutrisi pada sayur mulai berkurang apabila dipetik. Jangan simpan sayur terlalu lama dalam peti sejuk. Jika boleh, masak selepas dibeli bagi mengekalkan khasiatnya. Jika ingin menyimpan sayur dalam peti sejuk jangan dibasuh atau dipotong. Jika sudah dipotong, simpan dalam bekas yang tertutup rapat dalam peti sejuk.

2. Potong dan basuh sayur dengan betul
Vitamin B dan C mudah larut dalam air. Oleh itu, pastikan anda tidak merendam atau membasuh sayur terlalu lama. Ia akan menyebabkan kehilangan lebih banyak vitamin. Sayur yang mempunyai kulit seperti timun, petola dan peria tidak akan kehilangan vitamin apabila dibasuh sebelum dipotong kerana kulit melindungi bahagian dalam sayur yang kaya dengan khasiatnya.
Oleh itu, anda dinasihatkan membasuh sayur sebelum memotongnya kepada potongan kecil. Sayur yang dipotong kecil akan menyebabkan bahagian dalamnya terdedah. Apabila dibasuh dalam keadaan sudah dipotong kecil, vitamin pada bahagian dalam sayur akan terkena air dan larut serta hilang.

3. Jangan merebus sayur terlalu lama
Merebus sayur terlalu lama akan menyebabkan vitamin di dalam sayur hilang. Cara paling sesuai adalah dengan mencelur sayur dalam air mendidih selama beberapa saat dan angkat secepat mungkin.

4. Kukus sayur
Cara terbaik memasak sayuran adalah dengan mengukus, tetapi jangan terlalu lama. Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, ia juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran itu. Untuk menumis, masukkan sayur apabila minyak sudah panas dan angkat sebaik sayur nampak layu. Jangan tunggu hingga sayur terlebih masak (lembik).

5. Kenali cara memasak sayuran dengan baik
Kenali cara memasak setiap sayur dengan baik. Ini kerana setiap jenis sayur memiliki cara memasak tersendiri untuk mengaktifkan nutrisinya. Contohnya tomato apabila dipanaskan atau direbus akan mengaktifkan aktioksidan. Namun, brokoli dan bunga kobis akan kehilangan antioksidan jika direbus. Sedangkan apabila tomato dijadikan jus, akan dapat merosakkan nutrisinya.

6. Jangan panaskan sayur yang sudah dimasak
Jangan panaskan sayur yang sudah masak. Apabila terpaksa, panaskan sekali saja. Ini dilakukan untuk mencegah kandungan nutrisinya supaya tidak hilang.

7. Makan salad
Sayuran mentah yang sesuai juga boleh dijadikan salad dan dimakan bersama buah-buahan segar. Khasiatnya terutama vitamin akan terus diserap tubuh tanpa kehilangan seperti mana proses memasak.

8. Sayur kaya karotenoid perlu dimasak
Menurut kajian, karotenoid (vitamin A) lebih mudah diserap dalam badan apabila dimakan bersama sedikit lemak seperti minyak serta dimasak berbanding makan segar. Oleh itu, sayur seperti lobak, labu, ubi kayu, tomato atau apa saja sayur yang berwarna terang (oren, kuning, merah) lebih sesuai dimasak tumis bersama sedikit minyak jika anda ingin mendapatkan serapan karotenoid yang lebih berkesan.
Sebagai fakta tambahan, kandungan serat pada sayur tidak akan terjejas walaupun anda memasaknya sehingga lembik. Kementerian Kesihatan menyarankan kita mengambil empat hingga lima hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Bukan saja untuk kekal sihat dengan sistem imun yang lebih kuat, memakan lebih banyak sayur juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Shah Alam: Bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas pengsan di pusat asuhan di Alam Impian, di sini, petang semalam.
Kejadian kira-kira 6.30 petang itu disedari seorang pengasuh pusat asuhan itu sebelum membawanya ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan, Muhammad Akmal Alif Muhammad Yusof, meninggal ketika menerima rawatan di klinik terbabit sejam kemudian.
"Mayat bayi kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kecuaian. Pihak kami masih menunggu laporan kimia dari pihak hospital," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 4:04 PM
ZAINON Osman, 41 , sebak ketika melihat jenazah anaknya. FOTO Muhammad Sulaiman
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74754#sthash.OpFZcvSw.dpuf

No comments:

Post a Comment